BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

LATAR BELAKANG SYARIKAT

1. Teratai SPA & Beauty Academy, telah ditubuhkan pada tahun 2007 sebagai sebuah syarikat yang berstatus ENTERPRISE sahaja. Penubuhan diasaskan oleh seorang anak generasi kedua FELDA iaitu Puan Juliyana bte Hj Yusof. Pada mulanya syarikat ini beroperasi di rumah dan pada tahun 2008 ia telah mempunyai kedai dan pusat kecantikan sendiri yang mana operasinya lebih tertumpu dalam bidang kecantikan dan sebagai pusat latihan. Namum pada 3 Mac 2010, syarikat ini telah berkembang menjadikan ia berstatus SENDIRIAN BERHAD dengan gabungan kepakaran 5 orang adik beradik. Syarikat Teratai SPA & Beauty Academy sekarang telah beroperasi di B 58, Tingkat 1, Jalan Bukit Sekilau, Kuantan Pahang sehingga ke hari ini.

2. Pada Apr 2010, Teratai SPA & Beauty Academy telah memacukan kehadapan dengan memohon untuk menjadikan ia sebagai pusat bertauliah dengan melaksanakan program di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Syarikat kami juga merupakan satu-satu syarikat milikan penuh Bumiputera serta satu-satunya Pusat Bertauliah dalam bidang kecantikan yang beroperasi di Pantai Timur.

3. Kami juga mempunyai tenaga pengajar yang terlatih serta mahir dalam bidang kecantikan dan tenaga pengajar kami juga berpengalaman melebihi 13 tahun dan lebih dalam bidang kecantikan.

4. Matlamat penubuhan syarikat kami adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia dalam membentuk modal insan yang berkualiti dan berkemahiran bagi mencapai hasrat wawasan negara maju pada tahun 2020. Kami juga melaksanakan program-program mengikut kehendak pelanggan disamping tidak lupa juga mengikut perkembangan keadaan semasa masa kini. Kami juga mempunyai program yang merangkumi skop dan modul bagi setiap segmen masyarakat tidak kira apa status mereka.

0 comments: