BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 27, 2011

BENGKEL KECANTIKAN

1. Penjagaan Kulit.

a. Objektif:

i. menyatakan struktur, fungsi, jenis dan ciri kulit.
ii. Menerangkan faktor yang mempengaruhi kulit.
iii. Mengenal pasti bahan penjagaan asas kulit muka dan tujuan
mengggunakannya.
iv. Mengenal pasti dan memilih alatan serta bahan untuk membersihkan,
menyegarkan dan melembapkan kulit muka.
v. Melakukan prosedur membersihkan, menyegarkan dan melembapkan kulit muka
dengan teknik yang betul.
vi. Melakukan analisis kulit muka.
vii. Mengenal pasti masalah kulit dan puncanya.

****Modul ini membolehkan anda mengenal pasti struktur, fungsi, jenis dan ciri – ciri kulit. Anda akan dapat mempelajari faktor – faktor yang mempengaruhi kesihatan kulit, bahan panjagaan asas, melakukan prosedur pembersihan, penyegaran, pelembapan dan menganalisis kulit muka.

b. Agenda:
i. Bengkel adalah 100% teori dan praktikal.
ii. Peserta digalakkan membawa produk sendiri.
iii. Bengkel perlu disertai sekurang – kurangnya 25 orang peserta.

c. Jumlah hari dan kos pengendalian bengkel:
i. Bengkel akan dijalankan selama 1 hari iaitu 8 jam termasuk waktu rehat.
ii. Rm 100.00 bagi seorang peserta.

BONUS**
Semua peralatan untuk praktikal akan disediakan seperti kapas muka, span muka, cermin, tissue, tuala muka serta face bowl.

EXTRA**
Peserta akan mempelajari teknik – teknik Yang betul pengunaan GOAT’S MILK FACIAL SCRUB serta rahsia disebaliknya.

***Nota akan dibekalkan.

0 comments: